Sejarah industri automatif

Sejarah industri automotif

Ekonomi Malaysia telah mengalami perubahan struktur yang begitu signifikasi selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sektor perkhidmatan adalah penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia. Berdasarkan laporan kemajuan tahun 2009 dari MIDA (Malaysian Investment Development Authority), bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2009, ianya menyumbang sebanyak 57.3 peratus kepada KDNK. Sektor perkhidmatan merangkumi pelbagai aktiviti seperti pengangkutan, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, hartanah, perkhidmatan perniagaan dan profesional, utiliti, perdagangan, pengedaran, hotel dan pelancongan, pendidikan serta perkhidmatan kesihatan. Ini menunjukkan industri automotif adalah penting kepada ekonomi negara kerana ia berkait rapat dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Sejarah industri automotif di Malaysia bermula pada tahun 1960-an. Terletak di tengah-tengah rantau ASEAN dengan jumlah penduduk lebih daripada 500 juta orang, telah menjadikan Malaysia pasaran kereta penumpang terbesar di ASEAN (berdasarkan kajian Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dalam analisis pekerjaan industri automotif). Pada masa yang sama, penubuhan projek kereta nasional, PROTON dan PERODUA telah mengubah Malaysia dari pemasang kereta semata-mata kepada menjadi pengeluar kereta. Industri ini telah meningkatkan pembangunan kejuruteraan dan industri sokongan dan menyumbang kepada pembangunan kemahiran dan menaik taraf keupayaan teknologi dan kejuruteraan.

Tidak kurang juga dengan  pertumbuhan pesat ekonomi dan kuasa membeli penduduk yang tinggi menjadikan sektor ini mempunyai pasaran yang sangat luas kerana darjah pemilikan kenderaan adalah sangat tinggi. Dilaporkan pemilikan kenderaan bagi Malaysia sendiri ialah 67%. Jumlah kenderaan baru yang didaftarkan di Malaysia terus meningkat setiap tahun iaitu 97,262 (1980), 165, 861 (1990), 343, 173 (2000) dan 548,115 (2008). (diambil dari Mohammad,Asmaddy & Asharaf, 2009).

Justeru itu, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam sektor yang sangat berpotensi dan menguntungkan ini. Hampir semua aspek bantuan yang mampu membawa kejayaan Bumiputera dalam industri otomotif telah disediakan oleh pihak kerajaan. Bantuan yang diberi merangkumi aspek kewangan, teknikal, khidmat nasihat, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan. Ini tidak kurang juga  Kementerian Pendidikan telah menawarkan kursus-kursus pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (automotif) sama ada diperingkat sijil, diploma mahupun ijazah. Penawaran kursus dalam bidang ini penting untuk menyediakan modal insan dan seterusnya tenaga kerja dalam industri automotif Negara contohnya seperti institusi–institusi kemahiran lanjutan seperti ADTEC, JMTI, GMI, MFI dan IKTBN.


Memandangkan syarikat ini mengfokuskan terhadap perkhidmatan bagi kereta-kereta yang berjenama terutamanya kereta buatan Korea seperti Hyundai dan Kia. Oleh itu, pemain utama atau “Main players” dalam industri ini adalah  Hyundai, Kia  sebagai kereta bermotor berjenama Korea. Jadual dibawah menunjukkan bilangan pengeluaran kereta Hyundai dan Kia sebanyak 7126413 pada tahun 2012 dan ia berada pada nombor ke 4 bagi pengeluar terbanyak tahun 2012. Manakala Proton adalah pengeluar ke 36 yang terbanyak dari 50 jenis kereta dalam tahun 2012. Ini menunjukkan banyak pemilikan untuk kereta berjenema Korea dan tidak kurang juga kereta buatan Malaysia.




No comments:

Post a Comment