SWOT

STRENGTHS
Ø  Pertama, pemilik dan rakan-rakan kongsi mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam menjalankan perniagaan ini. Seperti contoh iaitu pemilik Warisan Smart Auto, PUAN HAJAH ASIAH HAJI MOHD, berkelulusan  STPM dan berpengalaman luas dalam pengurusan Pentadbiran Kerajaan selama 37 tahun sebagai Pembantu Khas (P.A) di pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Manakala Rakan Kongsi kedua ialah suami pemilik sendiri iaitu HAJI ARSHAD BIN HASAN.  Bertugas sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di Jabatan Kerja Raya, Pulau Pinang dan berpengalaman dalam pengurusan hal kewangan  selama  35 tahun. Manakala Penyelia Teknikal adalah sebagai rakan kongsi ketiga. Beliau juga merupakan anak kepada pemilik/pengurus yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 dan 3 dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITAR) dalam bidang automotif  serta mengikuti Kursus Penyeliaan dari Tractor Malaysia Training and Development Centre, Puchong, Selangor. Tambahan pula  pembantu - pembantu teknikal terdiri daripada  anak angkat dan anak saudara pengurus yang berkelulusan automotif dari ILP juga.

Ø  Punca dana kebanyakannya mendapat sokongan dari PERTUBUHAN WARISAN AKMAL seperti pembelian kedai dan modal permulaan. Malahan dana pertubuhan ini adalah dari potongan gaji setiap anak pemilik yang dilaburkan ke dalam WARISAN SMART AUTO. Dana pertubuhan ini mampu untuk  menjamin perjalanan perniagaan WARISAN SMART AUTO di masa akan datang


WEAKNESS
Ø  Tidak perolehi eperolehan bagi mendapatkan tender dari kerajaan dan mempamerkan produk di dalam jaringan web sedunia, menerima, mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi-agensi kerajaan menerusi Internet dengan mudah.



OPPORTUNITIES
Ø  Premis WARISAN SMART AUTO memiliki segala kemudahan asas seperti  bekalan air, elektrik dan telefon.  Premis ini juga terletak di tepi jalan utama Permatang Pauh dan merupakan kawasan komersil baru di kawasan Permatang Pauh. Ia dikategorikan sebagai tempat yang strategik dimana:
  • Kawasan yang ramai penduduk. Ia di kelilingi oleh taman-taman perumahan, berhampiran dengan UiTM, Politeknik, Carrefour, Bandar Baru PERDA dan Seberang Jaya.
  • Pemilik kenderaan yang ramai di kawasan sekitar.
  • Mudah dihubungi.
  • Kemudahan meletak kenderaan.
  • Kemudahan asas yang mencukupi.
  • Kesesuaian tempat dan mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.
  • Saiz premis mencukupi untuk beroperasi iaitu           29’ x 76’  (2,152.80 sq.ft.)

Ø  Keadaan ekonomi Negeri Pulau   Pinang khususnya kawasan Bukit Mertajam yang terus berkembang positif akan menyumbang kepada potensi perkembangan perniagaan.

  • Tiada kedai bumiputera yang memberikan perkhidmatan automotif yang mengfokuskan perkhidmatan membaiki kereta-kereta berjenama Korea seperti Kia.
  • Melalui pertambahan modal pusingan yang lebih besar, dapat menambahkan stok alat ganti kenderaan.
  • Melalui jalinan tawaran  perkhidmatan dan produk yang  pelbagai dapat  memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan di masa hadapan.

THREATS
Ø  Selepas premis ini 6 bulan beroperasi, sebuah kedai perniagaan servis kereta “Dafira Auto” telah membuka di sebelah premis ini. Ini telah menimbulkan saingan dalam mendapatkan pelanggan. Selain itu, premis ini bersaing dengan perniagaan bukan bumiputera yang berada kurang dari 10KM dari premis seperti ZOOMOTO SERVICE ONE SDN BHD dan TOKYO CAR SERVICES & REPAIR S/B.

No comments:

Post a Comment